Tuesday 4 January 2011

untuk Seberang Peraiku


Aku datang juga
meski engkau  sedang dijemput bahagia berumahtangga
Meski ganasnya ombak dipelayaran,

Kerana kelmarin juga hari-hari sebelum nya
kita pernah bersimpuh bersila diluang masa
menunggu masaknya kuning padi
atau menanti hangusnya jerami
disepanjang batas dan permatang.

Terkadang
kita meniti parit dan menitir burung
mengicau murai menyumpit pipit,
mencari syair ketitir,
mahupun memprosakan mimpi.
Disaat ini....., kerap aku rasakan
aku hanya mampu memuisikan dunia ciptaan Tuhan.

Dan Gelugorku.....
Kiranya telah ada gelombang tenang ditasik matamu
Benarkah yang berkejaran itu ikan-ikan rindu?
Sesekali ....jenguk-jenguklah pantaitimurku..