Monday 13 December 2010

Khabar Dari Pantai Timur

Beginilah pantaitimurku........
guruh ribut dan gemuruh selepasnya
dingin gerimis seringkali membalut hati sanubari 
renyainya merongkai hati.
juga bersama angin kencang sebelum datangnya hujan,
chinaselatan menghias alam.
sambil kulihat temasya ombak membadai pantai,
redup senja hinggalah ke ramalan cuaca,
mendung tenggara dan  awan hitam yang tiba,
mentari pagi bukanlah janji sepanjang hari...

Teman....
Dalam lebatnya hujan, dalam gelapnya malam,
aku sebenarnya sedang berdiri menanti mimpi.
dan akulah yang mengembara kerinduan ini.

Sunday 12 December 2010

Muwafiq dan Masbuq Dalam Solat

Definisi Muwafiq: Adalah qadar masa makmum yang sempat berada bersama qiam imam sekadar satu bacaan fatihah yang sederhana secara umum (uruf).Bacaan tersebut bukan dikira pada bacaan imam dan juga bukan dikira dari bacaan makmum yang mengikutinya tetapi bacaan umum.

Definisi Masbuq: Bila tidak sempat bersama dalam kadar tersebut makmum menjadi masbuq.

Nota-nota;
1.Kalau disyaki samada masbuq atau muwafik,maka di ambil muwafiq.
2.Tiada khilaf bagi makmum yang masbuq turun rukuk terus bagi bersama imam.
3.Muwafiq di maafkan 3 rukun yang panjang sekira uzur,syak,atau terlupa membaca
fatihah.

Nota-nota berkaitan;
Rukun Panjang dan Rukun Pendek
1.Dalam rukun yang panjang boleh dibaca selama yang mampu.Manakala dalam rukun pendek hanya sekadar satu bacaan fatihah sahaja. Contoh rukun panjang ialah rukuk dan sujud.Manakala contoh rukun pendek ialah iktidal dan duduk antara dua sujud.Namun bagi Hanafi,tidak ada rukun pendek dalam solat.

2.Secara asas makmum tidak boleh ketinggalan 2 rukun daripada imam.

Friday 3 December 2010

kawan-kawan

Prai atau Kepala Batas dan Taman Rupawan...
usahlah dikau membahaskan bahasaku
usahlah dikau menyelongkar mindaku,
kerana....
timur negara dan baratnya adalah sama
baik diutara mahupun selatan
kita masih warga pendidikan

Penantiku sayang
pulanglah dari berdiri ditepi titi
kerana kita ada santun dan budi
walau payahnya menitip serindit,
menyiul tekukur atau sukarnya mendenak keruak.
terbanglah didikku gemilang.
tulen dalam diri terpangkin dihati
kita adalah guru-guru bestari

Murid-muridku

Entah mengapa
Ada rasa yang tiba dijiwa
dan entah mengapa
aku terharu dikalbu

Sebenarnya
aku sudah bersedia berperasaan gemilang
mendidik bangsa membasmi kemiskinan
Hidup mulia dikenang berzaman