Monday 13 December 2010

Khabar Dari Pantai Timur

Beginilah pantaitimurku........
guruh ribut dan gemuruh selepasnya
dingin gerimis seringkali membalut hati sanubari 
renyainya merongkai hati.
juga bersama angin kencang sebelum datangnya hujan,
chinaselatan menghias alam.
sambil kulihat temasya ombak membadai pantai,
redup senja hinggalah ke ramalan cuaca,
mendung tenggara dan  awan hitam yang tiba,
mentari pagi bukanlah janji sepanjang hari...

Teman....
Dalam lebatnya hujan, dalam gelapnya malam,
aku sebenarnya sedang berdiri menanti mimpi.
dan akulah yang mengembara kerinduan ini.

Sunday 12 December 2010

Muwafiq dan Masbuq Dalam Solat

Definisi Muwafiq: Adalah qadar masa makmum yang sempat berada bersama qiam imam sekadar satu bacaan fatihah yang sederhana secara umum (uruf).Bacaan tersebut bukan dikira pada bacaan imam dan juga bukan dikira dari bacaan makmum yang mengikutinya tetapi bacaan umum.

Definisi Masbuq: Bila tidak sempat bersama dalam kadar tersebut makmum menjadi masbuq.

Nota-nota;
1.Kalau disyaki samada masbuq atau muwafik,maka di ambil muwafiq.
2.Tiada khilaf bagi makmum yang masbuq turun rukuk terus bagi bersama imam.
3.Muwafiq di maafkan 3 rukun yang panjang sekira uzur,syak,atau terlupa membaca
fatihah.

Nota-nota berkaitan;
Rukun Panjang dan Rukun Pendek
1.Dalam rukun yang panjang boleh dibaca selama yang mampu.Manakala dalam rukun pendek hanya sekadar satu bacaan fatihah sahaja. Contoh rukun panjang ialah rukuk dan sujud.Manakala contoh rukun pendek ialah iktidal dan duduk antara dua sujud.Namun bagi Hanafi,tidak ada rukun pendek dalam solat.

2.Secara asas makmum tidak boleh ketinggalan 2 rukun daripada imam.

Friday 3 December 2010

kawan-kawan

Prai atau Kepala Batas dan Taman Rupawan...
usahlah dikau membahaskan bahasaku
usahlah dikau menyelongkar mindaku,
kerana....
timur negara dan baratnya adalah sama
baik diutara mahupun selatan
kita masih warga pendidikan

Penantiku sayang
pulanglah dari berdiri ditepi titi
kerana kita ada santun dan budi
walau payahnya menitip serindit,
menyiul tekukur atau sukarnya mendenak keruak.
terbanglah didikku gemilang.
tulen dalam diri terpangkin dihati
kita adalah guru-guru bestari

Murid-muridku

Entah mengapa
Ada rasa yang tiba dijiwa
dan entah mengapa
aku terharu dikalbu

Sebenarnya
aku sudah bersedia berperasaan gemilang
mendidik bangsa membasmi kemiskinan
Hidup mulia dikenang berzaman

Saturday 20 November 2010

Tuhan bersemayam di atas arasy

Mengenai perkara ini,ramai yang bertanya dan menjadi keliru mengikut sudut akidah. Tapi dinasihat supaya kita semua mengikut pandangan yang di beri oleh imam Malik dan imam-imam yang lain.Pandangan mereka tentang ayat ini ialah : Alaayat maaluum,alkaifu majhuul.Assuaal bidaah dan imanuhu wajib.

Tuesday 9 November 2010

Puisi Hati

Saujana hamparan bunga-bunga
Cukup untuk aku puisikan alamaya.
Meleraikan resah merelakan pasrah 
Takdir dari Ilahi.

Kinabaluku,...
Disaat kabus senja ditiup sang bayu
Disaat awan tidak lagi kelabu...
Diketika itulah.....
Ada banyak cerita terakam
Ada banyak rasa mengundang


Puisi Lagi

Mestikah aku mengejek pada ombak
yang seringkali datang menghempas
dipantaiku?
Gemuruhnya meluruhkan daundaun pepohon,
Sejuk embun selepasnya masih aku rasakan.

Tenanglah kuala terengganuku,
Hadirnya diangin lalu.
Hakikatnya mampukah aku merongkai
Semarak akar yang yg kuat menunjang dihati
Tanah semakmur ini
Dan aku sedang mencari
Pengalaman rohani.

Sepanjang Jalan Ke Langkawi

Sepanjang Jalan ke Langkawi
Menelusuri saujana bendang luas terbentang.
Sambil melihat terubuk mengejar kelisa
gurauan angin  melambaikan daun-daun
lagu cak lempong tarian canggung

Sebulan sepurnama
Pulau Mahsuri masih berdiri dihati,
Langgar di mata Langgar dijiwa
Kota Semutku bersarang kenangan lama.

Namun jelapangku,
Mengapa ada insan yang sempat mengintai aku berlari
Yang sekian lama terkapai sendiri
dan mengapa ada hati yang menanti?
mengapa ada kalbu yang menunggu?

Wahabshaarani

Puisi

Tengkujuh dan musim hujan
ombak yang datang          
menghempas berdegung-degang
petir berdentung-dentang
bermusim satu negeri.
berubah alunan pantai.

Dalam riuh atau diam,
aku masih merasakan arus yang terus mengalir
Hidup dan berdiri
disegenap ruang darah dan sendi.
Perasaan terhadapnya
Sampai bilakah begini?

Puisi

Galak
Pantai air masin
dan gemuruh tengkujuh.
Juga angin dingin selepasnya,
seringkali meraung memanggil namamu.
Bersama gatalmiang yang jatuh bergolek
di hamparan pepasirnya.
dan sebenarnya;
akulah yang terlopong
galak dalam diam.

wahabshaarani
Kuala Terengganu.

Puisi


Kenangan
Seusia tua begini
Mengapa ada ingatan
Yang terserempak
Dalam rentak kehidupan
menjadikan kenangan indah rupawan.

Terkadang,
Luka kehidupan
Menjadi jemurai rindu semula
Mengharum bungabunga dikalbu
ditaman
Melupakan usia limapuluhan.

Wahabshaarani

Jenis Sembahyang Sunat

1)Sembahyang sunat yang ada waktu:sunat aidil adha,sunat aidhil fitri,sunat dhuha,sunat isra',sunat tarawikh,sunat kapit waktu(ba'diyyah & qobliyyah).
Sembahyang-sembahyang sunat ini hukumnya sunat diqodha' kan bila habis waktunya.

2)Sembahayang sunat bersebab: Sunat gerhana matahari,sunat gerhana bulan.
Sembahyang ini tak boleh diqodha'kan nya bilahabis waktu.

3) Sunat Mutlak.
Sembahyang ini tertakluk dengan waktu tahrim.

Saturday 30 October 2010

Sembahyang Semasa Musafir

Sekiranya 3 hari bermukim di tempat baru mengikut pandangan Shafie dan Maliki barulah mula dengan kiraan baru.Hanafi berpendapat 4 hari bermukim. Hambali 15 hari,namun Hanbali berpandangan tidak ada jamak sembahyang walaupun dalam perjalanan .Cuma qasar sahaja yang ada.